Berbesar hati mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat AIPA di ASEAN Building, Jakarta.
Saya turut berkesempatan bertemu dan berbincang bersama Setiausaha Agung AIPA, PYT Ar. Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman.
Pertemuan ini memperkukuh lagi komitmen bersama dalam memperkasakan kerjasama antara parlimen negara-negara ASEAN, khususnya dalam memperkasa inisiatif di bawah AIPA 2025 yang dipengerusikan oleh Malaysia.
Terima kasih atas sambutan mesra dan pertukaran pandangan yang bermakna. Semoga hubungan erat ini terus membawa manfaat kepada seluruh komuniti ASEAN.
Credit:
Johari Abdul (@johariabdul_) • Instagram photos and videos