Contact Us

ASEAN Secretariat Heritage Building,
5th floor
Jl. Sisingamangaraja No.70A
Jakarta, 12110 INDONESIA

Email : aipa@aipasecretariat.org
Phone : (+62 21) 27099107

ASEAN Inter-Parliamentary Assembly
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga sebagai Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) 2025 telah menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian sempena Mesyuarat Ahli Parlimen Wanita ASEAN di bawah Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (WAIPA) di Kuching, Sarawak. Dalam majlis ini juga YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj Openg turut menyampaikan ucapan menekan bahawa Sarawak terus memperkukuh komitmennya dalam memperjuangkan agenda kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita melalui pelaksanaan dasar serta pendekatan yang menyeluruh dan progresif. Mesyuarat WAIPA merupakan anjuran Parlimen Malaysia dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Mesyuarat WAIPA yang berlangsung selama empat hari, bermula semalam hingga Khamis ini, bertujuan meneroka penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan penyertaan wanita dalam politik serta memupuk persekitaran yang mengiktiraf kesaksamaan gender dalam tadbir urus ke arah membangunkan ASEAN yang mampan dan berdaya tahan. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh,, dan disertai delegasi parlimen dari negara-negara ASEAN serta beberapa ahli parlimen yang mewakili Malaysia. Majlis ini turut di hadiri oleh YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak, YB Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan PYT Ar. Siti Rozaimeriyanty Haji Abdul Rahman, Secretary General of AIPA Siaran langsung majlis telah disediakan secara eksklusif oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak, UKAS. @ukassarawak Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia kredit foto: Julie
Date: