Sewaktu kunjungan saya di Ibu Pejabat AIPA, saya juga telah diberi penghormatan untuk merasmikan studio AIPACast dan diwawancara oleh PYT Roazaimeriyanti, Setiausaha Agung AIPA.
Dalam sesi temu bual ini, saya berkongsi mengapa tema “Parliament at the Forefront for Inclusive Growth and Sustainable ASEAN” amat penting dan relevan untuk ASEAN hari ini. Kita berdepan cabaran besar—krisis iklim, ketidaksamarataan, disrupsi teknologi, dan ketidakpastian geopolitik. Dalam menghadapi semua ini, parlimen mesti menjadi peneraju untuk membina ASEAN yang inklusif, lestari, dan berdaya tahan.
Saya turut berkongsi bagaimana Malaysia merancang untuk menterjemahkan tema ini kepada tindakan nyata semasa memegang jawatan Presiden AIPA—termasuk memperkasa penglibatan belia dan wanita melalui YPA dan WAIPA, memperkukuh kerjasama antara parlimen, dan memastikan dasar yang kita hasilkan benar-benar memberi impak kepada akar umbi.
AIPA juga mesti lebih aktif mendengar suara rakyat—belia, wanita, dan komuniti yang terpinggir. Melalui pendekatan yang lebih inklusif dan penyertaan sebenar, kita dapat memastikan ASEAN bukan sekadar berkembang pesat, tetapi berkembang dengan adil dan bermaruah.
Credit:
Johari Abdul (@johariabdul_) • Instagram photos and videos