Hari ini saya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat saya, TYT Wan Muhamad Noor Matha, Speaker Dewan Perwakilan merangkap Presiden Perhimpunan Kebangsaan Thailand di Bangkok.
Dalam pertemuan ini, kami berbincang tentang pentingnya diplomasi Parlimen dalam memperkukuh kerjasama serantau melalui AIPA, terutamanya dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks. TYT Speaker Matha menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi AIPA 2025 dan mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran siri mesyuarat AIPA sepanjang tahun ini.
Kami turut sepakat bahawa Perhimpunan Agung AIPA wajar menjadi platform bukan sahaja untuk menyatukan pendirian Parlimen ASEAN, malah untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan keselamatan serantau seperti konflik Palestin dan ketegangan di Iran.
TYT Speaker turut menyatakan kesediaan Thailand untuk meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia–Thailand pada tahun 2027. Beliau menyambut baik cadangan untuk memperkukuh kerjasama pelancongan dua hala serta menjemput semula Ahli-ahli Parlimen Muda Malaysia ke Thailand sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kefahaman rentas budaya dan membina kepimpinan serantau masa depan.
Saya percaya diplomasi Parlimen bukan sekadar pertemuan formal, ia adalah jambatan antara rakyat, dasar dan masa depan rantau ini.
Source:
https://www.instagram.com/p/DLmiW5hpEjn/?img_index=4