Contact Us

ASEAN Secretariat Heritage Building,
5th floor
Jl. Sisingamangaraja No.70A
Jakarta, 12110 INDONESIA

Email : aipa@aipasecretariat.org
Phone : (+62 21) 27099107

ASEAN Inter-Parliamentary Assembly

AIPA President

Selesai lawatan rasmi di Bangkok, saya kemudiannya mengadakan pertemuan yang produktif dengan Speaker Dewan Kebangsaan Kemboja, PYT Samdech Maha Rathsapheathika Thipadei Khuon Sudary di Phnom Penh dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara Parlimen Malaysia dan Kemboja. Perbincangan kami menumpukan kepada langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama diplomasi parlimen dalam pelbagai bidang, termasuk pengukuhan hubungan rakyat dengan rakyat, pembangunan mampan, serta peranan penting kedua-dua negara dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran serantau di bawah lembayung ASEAN. Saya turut mengambil kesempatan untuk menjemput beliau ke Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Antara-Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang akan diadakan tahun ini. Perhimpunan ini bakal menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu serantau dan memperkukuh komitmen ASEAN ke arah keamanan, kebebasan, dan kemakmuran bersama. Pertemuan ini mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara dan komitmen kita untuk terus memajukan agenda serantau. Semoga kerjasama erat ini akan terus memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia dan Kemboja. (16 January 2025) Source: https://www.instagram.com/p/DE40wOZpsu4/?utm_source=ig_web_copy_link [Reposted from: @johariabdul_]
Date:

Previous post

Next post