YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Presiden AIPA merangkap Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat ke-8 Majlis Penasihat Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) 2025 di Kuantan, Pahang.
Mesyuarat AIPACODD pada kali ini bertemakan ‘Uniting Parliaments for an Inclusive and Sustainable ASEAN in Addressing Contemporary Drug Challenges’.
Presiden AIPA turut berkata mesyuarat ini membuka ruang kepada delegasi negara-negara ASEAN untuk bertukar pandangan serta kepakaran dalam menangani jenayah berkenaan secara lebih menyeluruh dan berkesan.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, AIPACODD kali ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mewujudkan persefahaman antara negara anggota ASEAN bagi merangka satu dasar bersama.
Kedua, kita mahu mendapatkan idea baharu yang mungkin tidak pernah difikirkan sebelum ini, khususnya dalam menangani isu jenayah siber dan pemerdagangan manusia, yang memerlukan cadangan serta input perundangan daripada negara-negara terlibat.
Turut berlangsung pelantikan YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi AIPACODD pada kali ini.
Hadir bersama dalam majlis perasmian pada hari ini ialah YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, YB Speaker Dewan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta PYT Siti Rozaimeriyanty Dato Haji Abdul Rahman, Setiausaha Agung AIPA.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
Kredit Foto: Adnan | Daniel
Credit:
Parlimen Malaysia Official (@parlimenmalaysia) • Instagram photos and videos