PERHIMPUNAN ANTARA PARLIMEN INTERFACE ASEAN (ASEAN-AIPA INTERFACE) KE-14
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) merangkap Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah mempengerusikan Mesyuarat bersempena Perhimpunan Antara Parlimen Interface ASEAN (ASEAN-AIPA Interface) ke-14 pada hari ini.
Terdahulu, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul bersama-sama lebih 50 delegasi telah berpeluang untuk melawat ke Taman Rusa Parlimen Malaysia.
Selesai mesyuarat, para delegasi turut dibawa bagi menyaksikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam satu lawatan berpandu oleh Pegawai Bahagian Komunikasi Korporat, Parlimen Malaysia.
Perhimpunan ini merupakan platform penting dalam menyatukan suara cabang legislatif dan eksekutif negara-negara ASEAN. Selain itu, ianya memperkukuh perpaduan dan kesepaduan ASEAN ke arah mencapai matlamat rantau lebih aman, inklusif dan mampan.
Antara yang hadir ialah YB Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
Kredit Foto: Adnan | Arjunna Putra | Ahmad Afifi
Repost & Source:
Parlimen Malaysia Official (@parlimenmalaysia) • Instagram photos and videos